Monday, August 12, 2013

Sabar itu sabarlah

"When you're going through something hard and you start wondering where Allah is,just remember,the Teacher is always quiet during a test"
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 22, 2013

Tak pernah ku duga

Baru berberapa minit peristiwa ini berlaku, tak pernah ku duga begini jadinya. Tak pernah sekali pun ku pinta, namun Allah maha Adil, ditunjukkan juga.
Free hair, blonde, high heels, baru turun dari kereta. Awak pergi mana? Mcm ni sekali awak berubah. Ya Allah ya tuhanku, ampunkanlah daku, tunjunkkanlah kepadaku, dan kepadanya jalan yang lurus, jalan yang benar, jalan yang engkau redhai. Sesungguhnya, sesakit mana pun, seperit mana pun, aku masih mencintai nya Ya Allah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone.

I miss you so badly :'(

I wish my phone vibrate right now, and your name appears on the screen. Don't you know how much I miss you, how much I need you right now. I wish you know I'm here waiting for you till I'm no longger exist in this cruel world. I miss you and I still love you #sffz
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone.

Thursday, July 18, 2013

Sayu hati

Tiba tiba hati terasa sayu. Harini aku tersentap dengan tindakkan kau. Apa lagi yang kau mahukan dari aku?
Habis kau sedut segala apa yang pernah aku kecapi satu ketika dahulu. Kau membina satu harapan kebahagian yang cukup besar buat aku, hingga aku memberikan segala apa yang aku ada. Tak pernah sedetik pun terlintas di minda bahkan hati untuk menduakan kau, tak pernah sedetik pun terlintas yang kau akan mengkhianati aku.
Sejahat jahat engkau, sehina hina perbuatan engkau, sekejam kejam hati engkau, aku masih cintakan engkau dgn sepenuh hati aku.
Kerna aku sedar akhlak aku tak sesempurna Rasullulah, kerna itu aku tidak menuntut kesempurnaan dari diri engkau. Aku berharap, biarlah aku yang menjadi individu yang mampu menyempurna kan hidup engkau.
Biarlah kekurangan aku, saling melengkapi antara engkau.
Aku masih berpegang pada janji aku, aku masih mengikut lorong masa perjalanan hidup yang telah kita rancangkan bersama.
Aku masih menunggu keajaiban berlaku, agar Allah memalingkan hatimu semula, agar kau bisa bersandar padaku seperti sedia kala.
Sayu hidup ini semenjak ketiadaan kau disisi. Sayu lagi hidup ini bila kau menjadi milik pada insan lain yang tak pernah aku sukai.
Jika benar jodohkan miliknya, jika benar dia menyimpan kunci pada kebahagiaan hidup engkau, maka aku pasrah dgn segala ketentuan dari illahi.
Biarlah aku menunggu mu, dan memohon agar Allah menyatukan kita di syurga nanti. Kerna cinta di syurga kekal abadi.
Biarlah ku simpan dan ku pendam rasa ini di dalam hati.
Jaga diri wahai kekasih hati, jaga diri pemilik rusuk kiri. Biarpun hati mu tidak lagi menjadi milikku, namun hatiku sentiasa terukir namamu #sffz

Paqahfey - 180713



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone.

Wednesday, July 17, 2013

Sebuah syair arab

" Walaqad nazalti, fala tazunni ghairahu minni bimanzilati muhibbi mukram "

Maksudnya :
" Sesungguhnya aku ini diturunkan di muka bumi ini, (dilahirkan, diciptakan) dan janganlah engkau bersangka atau mengesyaki apa apa mengenai diriku (ghairahu : yg lain dariku) kerna sesungguhnya diri aku ini, diturunkan di muka bumi ini semata mata untuk menjadi kekasihmu yang paling mulia "

P/s : harap jgn salah faham, ni bukanlah ayat al-quran tapi hanyalah sebuah syair arab
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone.

Di pagi yang hening, hati terusik seketika

"Hidup ini bukanlah sebuah permainan yang bisa diconteng dan dilakar sesuka hati mengikut alur nafsu dan rasa serta kehendak hati. Hidup adalah sebuah jalan perjuangan yang perlu dilakar dgn taqwa, diwarnai dgn kemanisan sebuah iman, dan tawaduk kepadanya serta hubungan yang baik sesama makhluk manusia, agar lukisan hidup yang terhasil adalah sebuah hasil karya perjalanan yang indah sebagai jawapan kepada ujian kehidupan yang ditentukan atas setiap kita. Leka seketika, buruk padahnya. Namun pintu taubat sentiasa terbuka "

PaqAhFey - 18 Julai 2013, 7.07 a.m


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone.